Kursus Pengurusan Stress

Satu Kursus Pengurusan Stress telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas pada 20 Disember 2023. Kursus ini dianjurkan oleh ILP Pedas. Peserta seramai dua puluh (20) orang pekerja dari Syarikat RuffnTuff Sdn Bhd, Pedas.

Pengisian kursus adalah mengenai punca stress, cara menangani stress di tempat kerja dan mengenal personaliti diri. Panel terdiri daripada pegawai ILP Pedas sendiri yang terdiri daripada Ustazah Masitah Binti Ismail, Encik Kumaresan A/L Govindasamy dan Puan Normala Binti Zulkefli.

Kursus ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Pengarah ILP Pedas Puan Ts. Suhaila binti Abdul Samad disamping sudi memberi cenderahati kepada peserta kursus.

Karnival TVET Madani Jom Pilih Kemahiran Peringkat Zon Selatan 2023

Karnival TVET Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Selatan 2023

Institut Latihan Perindustrian Pedas: Karnival TVET Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Selatan 2023 telah selesai diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas pada 16 Jun 2023.

Karnival ini dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Karnival ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Ir. Dr Zaini Ujang bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud.

Seramai 6,719 pengunjung dapat berkumpul di dalam 1 program bersama – sama dengan semua keluarga TVET di Negeri Sembilan.

#JomPilihKemahiran
#Skills4All
#SkillsMalaysia2.0
#JPK
#ILJTM
#JTM
#KAYNS
#PerkesoNS

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐉𝐎𝐌 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑


Karnival ini dibahagikan kepada lima (5) hub iaitu:

📌𝐇𝐔𝐁 𝟏 – 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐄𝐗𝐇𝐈𝐁𝐈𝐓𝐎𝐍 𝐇𝐔𝐁
✅Terdapat pameran berkaitan peluang pendidikan TVET
✅Terdapat demonstrasi peralatan yang digunakan dalam pendidikan TVET
✅Terdiri lebih daripada 20 pameran yang terdiri daripada penyedia latihan awam dan swasta serta agensi kerajaan.
✅Amat sesuai untuk pelajar dan belia yang ingin menyambung pelajaran.

KASI JADI JUMAAT GENK….✌️
MOH TOGHOJAH ILP PEDAS
JUMPA ANDA DI SANA….💗

#JomPilihKemahiran
#Skills4All
#SkillsMalaysia2.0
#JPK

 

Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023)

Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023)

Tarikh dikemaskini : 27-05-2023 Oleh: Tc. Isyammudin

Institut Latihan Perindustrian Pedas telah menerima penghargaan sebagai rakan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Machinery & Equipment Productivity Nexus (MEPN) semasa pelancaran Seminar on Process Improvement & Technology sempena Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023) yang berlangsung pada 25 Mei 2023.
Program yang telah dilaksanakan bermula Mac 2022 – November 2022 merupakan pilot projek bagi Process Improvement Program Through Technology yang melibatkan penglibatan Institusi TVET, rakan industry serta MPC dan MEPN. Tahniah juga diucapkan kepada Puan Norhidayati binti Nordin di atas pengiktirafan sebagai GEMBA Leader yang turut menerima sijil penghargaan dan Productivity Champion. Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBrs Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Pengarah Productivity & Competitiveness Development (PCD), MPC.


𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓

 

Kursus Pengurusan Stress

Kursus Pengurusan Stress

Kursus Pengurusan Stress telah diadakan bersempena dengan Minggu Latihan Kebangsaan Tahun 2023. Seramai 8 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Terima kasih ke atas penggunaan lokasi kursus di Aya Bonda Campsite, Sepri. Perkongsian video dari peserta kursus.


𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓


Link : https://fb.watch/kMC3-sB-G4/

Pertandingan Worldskill Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2023

Pertandingan Worldskill Malaysia Belia (WSMB) tahun 2023

Tarikh dikemaskini : 23-05-2023 Oleh: Tc. Isyammudin
 
ILP Pedas telah menghantar penyertaan dalam bidang Welding.
Pertandingan akan diadakan di ABM Wilayah Utara, Sintok Kedah pada 22/5 – 24/5/2023 melibatkan dua orang pelajar yang dilatih oleh Encik Shaiful Shahril Bin Norajoa.
 
Selamat Maju Jaya.
𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓
 

Mesyuarat Bersama Komuniti

Mesyuarat Bersama Komuniti Setempat 2023

Tarikh dikemaskini : 18 MEI 2023 Oleh: Tc. Isyammudin
Mesyuarat bersama komuniti telah diadakan pada 18 Mei 2023. Kehadiran terdiri daripada agensi kerajaan dan MPKK Ketua Kampung sekitar kawasan Rembau. Melalui mesyuarat ini, pelbagai aktiviti telah dibincangkan dan dirancang bagi tahun 2023.
Bersempena dengan Hari Buku Sedunia, ahli mesyuarat dijemput bersama dalam Majlis Pelancaran ‘Book Drop’ oleh Pengarah ILP Pedas.
 
𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓

Kaji Selidik Inisiatif Berkaitan Pekerjaan

Kaji Selidik Inisiatif Berkaitan Pekerjaan

Tarikh dikemaskini : 28 April 2023 Oleh: Tc. Isyammudin

Teks Hebahan Kaji Selidik – Platform Pesanan Ringkas / E-mel

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Kaji Selidik Inisiatif Berkaitan Pekerjaan. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas anda sebagai peserta program mengenai keberkesanan program latihan dan peningkatan kemahiran (R&U) yang telah anda jalani. Kami amat mengalu-alukan maklum balas anda!

Maklum balas dan komen akan dirahsiakan. KAJIAN INI TIDAK AKAN MEMINTA APA-APA DATA MAKLUMAT PERIBADI seperti nama, dan nombor kad pengenalan.  

Maklum balas anda amatlah dihargai. Sila klik pautan di bawah untuk memberikan maklum balas anda. 

Pautan Kaji Selidik:

https://forms.gle/QH68gyzCMKABbCaz8

Lampiran

    1. Surat Kaji Selidik Keberkesanan Insiatif Berkaitan Pekerjaan
    2. Senarai Inisiatif

Gangguan talian telefon ILP Pedas

Gangguan talian telefon ILP Pedas

26 November 2021 (Jumaat) - Isyammudin Ismail

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk perhatian dan makluman semua warga JTM dan KSM.

Dimaklumkan bahawa talian telefon utama ILP Pedas sedang mengalami gangguan teknikal dan di dalam proses pembaikan.

Oleh yang demikian, sebarang urusan penting boleh menghubungi nombor telefon bimbit pegawai utama ILP Pedas seperti di bawah;


1. En. Hazizul bin Razalli (Timbalan Pengarah Operasi) -017-2407229

2. Pn. Norhidayati binti Nordin (Ketua Jabatan E&E) – 012-6930149

3. Pn. Rezawati binti Ismail (Ketua Jabatan M&P) – 012-6013270

4. Pn. Nornisha binti Ahmod Noor (PPT) – 012-7827804

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Basic Grill Work using GMAW & Rebrand Your Self Through Online Business

Basic Grill Work using GMAW & Rebrand Your Self Through Online Business

17 November 2021 (Rabu) - Isyammudin Ismail

ILP Pedas akan mengadakan kursus teknikal secara PERCUMA!
Jom sertai kami belajar asas mengimpal dengan teknik GMAW dan modul keusahawanan!

Butiran Kursus PERCUMA 3 Hari:
💻 Tajuk : Basic Grill Work using GMAW
🗓 Tarikh : 22-23 November 2021 (Isnin-Selasa)
👨‍💼Pengajar : Encik Zulhusni Bin Mohd Basri (HRDF Certified Trainer)

Tambahan PERCUMA
💻 Tajuk : Rebrand Your Self Through Online Business
🗓 Tarikh : 24 November 2021 (Rabu)
🧕 Pengajar : Puan Chua Yee Peng (MDEC eUsahawan Master Trainer)

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Mode : Secara bersemuka
Tempat : Bengkel Teknologi Kimpalan, ILP Pedas
🍱 Makanan disediakan sepanjang kursus

Penyertaan adalah terhad kepada 10 orang yang awal sahaja!
https://bit.ly/KJP100HariILPPedas

INFO PENTING!
🎓Sijil Penyertaan diberikan kepada semua peserta.
🎓Tiada yuran dikenakan!
🎓Penyertaan adalah terbuka kepada semua!

“𝘽𝙚 𝙄𝙣𝙨𝙥𝙞𝙧𝙚𝙙, 𝘽𝙚 𝙀𝙭𝙩𝙧𝙖𝙤𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙧𝙮, 𝘽𝙚 𝙒𝙤𝙧𝙡𝙙 𝘾𝙡𝙖𝙨𝙨 𝙒𝙞𝙩𝙝 𝙏𝙑𝙀𝙏”

#100TechCourse
#100TechTalk
#KeluargaMalaysia
#100daysMalaysiaMahir
#InisiatifKeluargaMalaysiaKSM
#ilppedas
#jabatantenagamanusia
#kementeriansumbermanusia
#𝗞𝗶𝘁𝗮𝗝𝗮𝗴𝗮𝗞𝗶𝘁𝗮
#𝗧𝗩𝗘𝗧
#𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗝𝗧𝗠
#𝗜𝗟𝗝𝗧𝗠
#𝗞𝗦𝗠
#𝗹𝗶𝗳𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗹𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝟮.𝟬
#𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀𝟰𝗔𝗹𝗹

Skip to content