Kursus mengenalpasti kerosakan peralatan Siri 1 selama 3 hari (5-6 Mac 2024) di ILP Pedas yang dikendalikan oleh tenaga pengajar ILPKT. Pengajar-pengajar ILP Pedas yang terlibat adalah dari bidang kimpalan, fabrikasi logam dan pembuatan.
Beberapa mesin dan peralatan berjaya diperbaiki sepanjang pelaksanaan kursus ini. Terima kasih kepada Pengarah ILP Kuala Terengganu, Encik Kamaludin Bin Tomiran dan tenaga pengajar ILPKT atas sumbangan dalam menjayakan program ini.
Tarikh : 5 – 7 Mac 2024
Pengajar : Encik Azmi bin Mustafa & Encik W.Hamda bin W.Hussin
Peserta : 17 orang yang terdiri daripada Pengajar & kakitangan ILP Pedas
Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) tahun 2024 telah diadakan pada tahun ini dianjurkan oleh ADTEC Melaka bermula pada 6 – 7 Mac 2024.
Tema bagi Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) JTM 2024 ialah: Kelestarian Inovasi, Teras Kemajuan TVET Madani.
Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) JTM 2024 ini diadakan bagi memilih projek yag berpotensi untuk diketengahkan dan dicalonkan ke pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, pertandingan ini diadakan berdasarkan objektif-objektif berikut: – i. Membudayakan inovasi mesra pengguna berkaitan Environmental, Social and Governance (ESG) dan Teknologi Hijau melalui galakkan terhadap pengembangan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JTM; ii. Menyediakan platform saringan yang menilai kesediaan projek inovasi berkonsepkan Environmental, Social and Governance (ESG) dan Teknologi Hijau berdasarkan novelty serta nilai komersial; iii. Memperkembangkan potensi, kemahiran dan kebolehan penciptaan dikalangan pengajar dan pelajar dalam membuat kajian terkini; iv. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek; dan. v. Mempromosi dan memartabatkan JTM melalui penyertaan pertandingan berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seterusnya.
Institut Latihan Perindustrian Pedas telah menghantar wakil didalam pertandingan ini. Penyertaan terdiri daripada 43 orang pelajar dan dibantuselia oleh 8 orang pegawai. Antara bidang yang disertai adalah Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas), Teknologi Mekatronik, Teknologi Pembuatan, Teknologi CADD Senibina, CADD Mekanikal, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Telekomunikasi.
Teknologi Fabrikasi Logam ILP Pedas telah menyertai pertandingan tersebut dengan projek bernama Easy Ceiling Fan Cleaning.
Teknologi Mekatronik telah menyertai pertandingan tersebut dengan Projek LIAZ Press Bin. Projek tersebut disertai oleh 5 orang pelajar Mekatronik Sem2 dangan Penyelaras projek Pn Rohani Abdullah. Projek tersebut telah memenagi pingat Gangsa.
Lawatan Penanda Aras Program TVET Tahfiz Kerajaan Negeri Sembilan ke CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Melaka telah diadakan pada 29 Februari 2024. ILP Pedas dan institusi latihan TVET di Negeri Sembilan dijemput turut sertai dalam lawatan penanda aras tersebut.
Institusi TVET telah diberikan penerangan bagi pelaksanaan pengambilan pelajar Tahfiz di Melaka dan tempoh latihan serta penganugerahan sijil yang diberikan.
Majlis Ceramah Israk Mikraj Peringkat ILP Pedas telah diadakan pada Rabu 28 Februari 2024 bertempat di Surau As-Sakinah ILP Pedas. Penceramah jemputan Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad Ali, Pengetua Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim dijemput sebagai penceramah utama.
Majlis ini bertujuan memperingati perjalan Baginda Rasulullah dimana,
Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin.
Mikraj pula adalah perjalanan Baginda SAW dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT.
Taklimat dan pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi seramai 98 orang pelajar semester akhir telah dijalankan pada 21 Februari 2024. Terima kasih atas kerjasama dari team SSM cawangan Negeri Sembilan.
Seramai 11 orang pengajar telah menyertai Kursus Basic Drone Handling pada 15 – 16 Februari 2024. Antara kandungan kursus:- Pengenalan Drone- Peraturan Drone- Prosedur Pra-Penerbangan dan Keselamatan- Cara Pemasangan Drone- Pengendalian Drone Secara Praktikal- Kemahiran Penerbangan- Kemahiran Kawalan Ruang Udara- Kemahiran Pendaratan
Program CSR Wira Kesuma JTM 2024, sempena 100 hari Menteri Sumber Manusia 2024, anjuran peringkat ILP Pedas. Seramai 15 orang pelajar dan 7 orang pengajar telah menyertai Majlis Gotong Royong Surau An Nadzim dan memasak bersama Penduduk Kampung Orang Asli Ulu Chembong yang dianjurkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Daerah Rembau pada 17 Februari 2024.
Antara aktiviti bergotong royong para pelajar dan pegawai pengiring bergotong royong memasak makanan tengahari untuk orang kampung dan tetamu. Turut diadakan juga pertandingan mewarna dan ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Ahmad Daud Bin Leman.
Program CSR ini bukan sahaja dapat merapatkan silaturrahim, tetapi dapat membina jatidiri pelajar menjadi agen perubahan dalam masyarakat satu hari nanti.
𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐒𝐮𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒Selamat datang pelajar baru ke ILP Pedas bagi sesi 1/2024.Seramai 44 orang pelajar baru telah melapor diri pada 29 Januari 2024. Semoga pelajar-pelajar dapat mengikuti pembelajaran di ILP Pedas dengan jayanya.
Kursus Basic Grill Work telah dijalankan dari 31 Januari hingga 4 Februari 2024 bagi seramai 6 orang peserta. Kursus ini di bawah Program Daya Kerjaya TVET – Program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah di bawah Belanjawan 2023.Peserta kursus telah diberikan latihan mengimpal seperti berikut:a) Pengenalan kepada proses kimpalanb) Jenis sambungan kimpalanc) Jenis kedudukan kimpaland) Jenis bahan mengimpale) Kaedah mengimpalKepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan PERKESO dalam link diberikan.Link permohonan:https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/
Program Daya Kerjaya TVET – Program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah di bawah Belanjawan 2023
Kursus Fiber Optic Cable Splicing telah dijalankan dari 29 Januari hingga 2 Februari 2024 bagi seramai 15 orang juruteknik komputer dari Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Sembilan.
Peserta kursus telah diberikan latihan fiber optic cable spicing seperti berikut:
a) Pengenalan kepada FTTH
b) Struktur Kabel Fiber Opticc) Prosidur Pemasangan di Rumah Pelanggan
d) Pemasangan FTTH
e) Panjang Gelombang di dalam Rangkaian FTTH
Semua peserta kursus telah berjaya lulus Peperiksaan CA1C di bawah kendalian Telekom Malaysia.
Kepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan PERKESO dalam link diberikan.