Program Muafakat ke arah Memperkasa TVET di Institut Latihan Perindustrian Pedas bersama Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan

Program ini telah dihadiri oleh seramai 145 orang Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan pada 13 Jun 2024.

Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Wazir bin Hamzah – Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mewakili Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Terima kasih ke atas kehadiran semua. Semoga program ini membawa manfaat kepada semua sekolah dan pelajar-pelajar.

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau

Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau ke ILP Pedas pada 7 Disember 2023. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan diiringi oleh 4 orang pengajar mengikuti lawatan ini.

Pelajar-pelajar diberikan taklimat berkaitan dengan kemasukan ke ILP Pedas dan dibawa lawatan ke bengkel latihan.

Pelajar-pelajar tertarik dengan program yang diadakan di ILP Pedas dan membantu mereka membuat perancangan sambung belajar pada masa akan datang.

Program Sembang Santai Bersama Alumni Teknologi CADD Senibina ILP Pedas

Sembang Santai Siri 1/2021

22 September 2021 (Isnin) - Isyammudin Ismail
*JOM DENGAR “PROGRAM SEMBANG SANTAI ILP PEDAS”*
🎧 *TAJUK : _SEMBANG SANTAI BERSAMA ALUMNI TEKNOLOGI CADD SENIBINA ILP PEDAS_*
🗓Tarikh: *25 SEPTEMBER 2021* (Sabtu)
⏰Masa: *10.30 pagi – 11.30 pagi*
🔊Terbuka kepada Para Pendidik 🧑🏻‍🏫👩🏼‍🏫, Ibubapa 👫🏻, dan Para Belia 👦🏻👩🏻‍🦰 yang berminat mengetahui maklumat laluan kerjaya pelajar lepasan Institut Latihan Perindustrian Pedas dalam bidang Teknologi Cadd Senibina.
🖥 *Tonton Secara Langsung di*:
*2 Orang Panel Jemputan (Alumni ILP PEDAS) iaitu 😘
1. Khairul Izzat Bin Ishak
(Keluaran ILP PEDAS 2005)
Juruteknik, Majlis Daerah.
2. Muzamil Bin Mohamad
(Keluaran ILP PEDAS 2012 )
Supervisor, EcoWorld Berhad.
Moderator :
_En. Mohamad Azuwad Bin Jamalludin_
Dari Unit CESS ILP PEDAS
✍🏼 *Anjuran : Unit CESS Institut Latihan Perindustrian PEDAS*
Skip to content