Program Muafakat ke arah Memperkasa TVET di Institut Latihan Perindustrian Pedas bersama Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan

Program ini telah dihadiri oleh seramai 145 orang Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan pada 13 Jun 2024.

Program ini telah dirasmikan oleh En Mohd Wazir bin Hamzah – Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mewakili Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Terima kasih ke atas kehadiran semua. Semoga program ini membawa manfaat kepada semua sekolah dan pelajar-pelajar.

Lawatan ke Muzium Telekom

Seramai 34 orang pelajar dan 6 orang pengajar Teknologi Telekomunikasi ILP Pedas telah melawat ke Muzium Telekom pada 10 Jun 2024.

Melalui lawatan ini mendedahkan kepada pelajar sejarah telekomunikasi dan memenuhi tugasan subjek Digital Telecommunication.

Lawatan ke muzium telekomunikasi menawarkan pelbagai manfaat, antaranya termasuk Pendidikan dan Pengetahuan. Pelajar-pelajar dapat mempelajari sejarah dan perkembangan teknologi telekomunikasi, memahami bagaimana alat dan teknologi ini telah berkembang dari masa ke masa.

TVET Robot Challenge

Tahniah buat Pasukan Robot i-Pedas yang berjaya merangkul tempat keempat dari keseluruhan 22 pasukan Roborumblez 8kg yang bertanding pada TVET Robot Challenge 2024 sempena Hari TVET Negara di ILP Kuala Langat.

Kejayaan dan semangat yang dipamerkan menyunting semangat buat semua untuk terus berjuang dan menaikkan nama ILP Pedas.

Syabas buat semua!!

Kursus Pembuatan dan Grill

Kursus Pembuatan dan Grill telah diadakan bagi 12 orang peserta dari PUSPEN seluruh negara di bawah kelolaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Latihan peningkatan kemahiran ini telah dijalankan dari 4 – 7 Jun 2024.

Para peserta menjalankan tugas mengimpal di PUSPEN masing-masing dan meningkatkan kemahiran mengimpal melalui program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa depan.

Karnival Kerjaya MyFutureJobs X TVET

Temubual Rancangan Tamu Kito bersama-sama Ts. Suhaila binti Abdul Samad, Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas pada 30 Mei 2024, Khamis pukul 2:30 petang menerusi platform media sosial NEGERIfm Official secara langsung.

Tajuk : Karnival Kerjaya MYFutureJobs X TVET

Program Scitech4U Stem Camp di ILP Pedas

Program Scitech4U Stem Camp telah diadakan di ILP Pedas 29 Mei 2024. Penglibatan penyertaan daripada 10 orang pelajar-pelajar SMK Dato’ Undang Haji Adnan. Terima kasih kelulusan PPD Rembau bagi penganjuran program ini.

Pelajar-pelajar telah diberikan pendedahan tentang pemasangan zoom bit dan pengaturcaraan zoom bit mengikut arahan coding yang diperlukan. Pelajar-pelajar berjaya melengkapkan program aktiviti yang diberikan. Tahniah semua.

Audit Persijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Institut Latihan Perindustrian Pedas telah menerima lawatan audit kendiri Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 23 & 24 Mei 2024.

Panel Lawatan adalah Encik Sulaiman Bin Said, Pegawai Arkib (Champion EKSA) dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terima kasih kepada semua jawatankuasa induk, ketua-ketua zon, kakitangan dan pelajar ILP Pedas yg telah bertungkus lumus menjayakan persijilan semula EKSA pada kali ini. Semoga segala usaha dan komitmen berterusan yg diberikan mendapat ganjaran yang baik dari Nya. Insya Allah.

Lawatan Industri

Lawatan ke Syarikat Senior Aerospace Upeca (Shah Alam) pada 15 Mei 2024 bersama pelajar Bahagian Teknologi Pembuatan Semester 2 (13 orang pelajar) dan Semester 4 (16 orang pelajar).

Senior Aerospace Upeca, syarikat mengeluarkan dan memasang Aerostructures mengikut reka bentuk untuk industri aeroangkasa awam, mengkhusus dalam komponen dan pemasangan pemesinan logam keras dan lembut yang bertaraf dunia.

Terletak dalam hab aeroangkasa Malaysia, UPECA menyediakan keupayaan lengkap pemesinan dan logam kepingan yang disokong oleh proses NDT dan rawatan permukaan dalaman yang komprehensif dengan kelulusan NADCAP dan pelanggan utama.

Pelajar-pelajar diberikan peluang pendedahan kepada industri dan memudahkan dalam menjalankan Latihan Industri kelak.

Skip to content