Program Financial Well Being KWSP-Bank Negara

Institut Latihan Perindustrian Pedas dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta Bank Negara Malaysia telah menganjurkan Program Financial Well Being pada 15 Mei 2024.

Program ini merupakan outreach daripada KWSP bagi mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang pengurusan kewangan yang bijak. Antara slot ceramah yang diberikan adalah:

a) Financial Education Network

b) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

c) Bank Negara Malaysia (BNM)

Pihak penganjur juga menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada pelajar-pelajar yang dapat menyertai aktiviti dan menjawab soalan kuiz dengan lengkapnya. Diharapkan melalui program ini membantu pelajar-pelajar dalam menguruskan kewangan dengan bijak.

Program OPENING YOUNG EYES (OYEs) Menara Gading

Pihak Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia YATIM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah telah membawa seramai 40 orang pelajar anak-anak yatim Tingkatan 4 dan 5 melawat ke Institut Latihan Perindustrian Pedas pada 14 Mei 2024.

Pelajar-pelajar telah diberikan taklimat kemasukan ke ILP Pedas dan kemudian melawat ke bengkel latihan. Pihak YATIM sangat komited dalam membantu anak-anak yatim dari sudut sahsiah dan pendidikan selaras dengan hasrat negara dalam pembentukan modal insan berpendidikan tinggi.

Sebagai satu daripada usaha meningkatkan kesedaran mereka akan peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan maka, Program Opening Young Eyes (OYEs!) telah dirancang untuk tujuan tersebut. Program ini merupakan salah satu program yang telah dirangka sebagai salah satu pendekatan dengan penganjurannya yang menyerupai satu ekspedisi pengajaran dan pembelajaran luar kelas.

Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang peluang- peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi yang ditawarkan oleh IPT selepas SPM.

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus Jangka Pendek Pengurusan Jenazah telah berlangsung pada 11 Mei 2024. Seramai 55 orang peserta dari Syarikat RuffnTuff telah menyertai program ini. Peserta diajar tentang teori dan amali mengenai memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah.

https://bit.ly/pneumatikilppedas

Kursus TOT Pengajar & Persijilan Kompetensi Operasi Dron (SKOD) Jabatan Tenaga Manusia Bil. 2/2024

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 28 – 30 April 2024

𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : Padang ILP Pedas

Kursus Siri 2 yang dianjurkan oleh Tenaga Pengajar Teknologi Dron dari ILP Mersing selaku penyelaras Dron ILJTM, Tc. Wan Hasyidan bin Wan Hussien bertempat di ILP Pedas sebagai urusetia penyedia tempat latihan melibatkan 6 orang Tenaga Pengajar dari ILP Pedas, 6 orang Tenaga Pengajar dari ILP KL & 5 orang Tenaga Pengajar dari ILP Selandar.

Antara perkara yang dipelajari oleh para peserta adalah dari aspek kemahiran asas penerbangan dron, asas keselamatan dron, prosidur pra penerbangan dron dan penyelenggaraan & pengenalpastian kerosakan dron.

Latihan secara teori & praktikal dilaksanakan bagi membolehkan peserta kursus diuji secara amali untuk Persijilan Kompetensi Operasi Dron (SKOD) Jabatan Tenaga Manusia sebagai sebahagian daripada persijilan yang mesti dimiliki bagi menyediakan tenaga pengajar mahir dalam bidang Teknologi Dron yang bakal dilaksanakan di beberapa ILJTM yang telah dikenalpasti.

Majlis Gotong Royong Bersama Penduduk Kampung Orang Asli Ulu Chembong

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐆𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐑𝐨𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐔𝐥𝐮 𝐂𝐡𝐞𝐦𝐛𝐨𝐧𝐠

Program CSR Wira Kesuma JTM 2024, sempena 100 hari Menteri Sumber Manusia 2024, anjuran peringkat ILP Pedas. Seramai 15 orang pelajar dan 7 orang pengajar telah menyertai Majlis Gotong Royong Surau An Nadzim dan memasak bersama Penduduk Kampung Orang Asli Ulu Chembong yang dianjurkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Daerah Rembau pada 17 Februari 2024.

Antara aktiviti bergotong royong para pelajar dan pegawai pengiring bergotong royong memasak makanan tengahari untuk orang kampung dan tetamu. Turut diadakan juga pertandingan mewarna dan ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Ahmad Daud Bin Leman.

Program CSR ini bukan sahaja dapat merapatkan silaturrahim, tetapi dapat membina jatidiri pelajar menjadi agen perubahan dalam masyarakat satu hari nanti.

Mesyuarat JK Komuniti ILP Pedas

Satu mesyuarat Jawatankuasa Komuniti Institut Latihan Perindustrian Pedas telah diadakan pada hari ini bersamaan 18/1/2024 di bilik mesyuarat ILP Pedas.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan-perancangan baru bersama komuniti sekitar ILP Pedas. mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Pengarah ILP Pedas, Puan Suhaila Binti Abdul Samad.

Mesyuarat ini turut dihadiri Pengerusi JPKK Kg. Pedas Gaing, Encik Norhalizan Bin Kamaruzaman, Pengerusi JPKK Kg. Pedas Hilir, Haji Ahmad Bin Ragiman, Pengerusi JPKK Kg. Pedas Tengah, Encik Mohd Saipullizam Bin Md Sari, Pengerusi JPKK Kg. Pilin, Encik Johari Bin Mat Yasin, Pengerusi JPKK Kg. Durian Daun, Encik Rosli Bin Yunus, Pengerusi JPKK Kg. Kundur Hilir, Encik Mahat Bin Adnan, Pengerusi JPKK Kg. Kundur Tengah, Encik Zaily Bin Ujang, Pengerusi JPKK Kg. Kundur Ulu, Encik Ramadan Bin Mohd Taf dan beberapa pegawai dari Pegawai Daerah Rembau, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, Ketua Polis Daerah Rembau, Ketua Bomba Daerah Rambau, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Rembau, Pegawai Penerangan Daerah, Pejabat Kesihatan Rembau, Pejabat RELA Daerah Rembau, Jabatan Agama Islam Daerah Rembau, Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Rembau, Pejabat KEMAS Rembau, Persatuan Pemandu Kereta Sewa, Majlis Belia Daerah Rembau, Rumah Kanak-kanak Rembau dan Rumah Kebajikan Vivekananda Rembau.

Mesyuarat Bersama Komuniti

Mesyuarat Bersama Komuniti Setempat 2023

Tarikh dikemaskini : 18 MEI 2023 Oleh: Tc. Isyammudin
Mesyuarat bersama komuniti telah diadakan pada 18 Mei 2023. Kehadiran terdiri daripada agensi kerajaan dan MPKK Ketua Kampung sekitar kawasan Rembau. Melalui mesyuarat ini, pelbagai aktiviti telah dibincangkan dan dirancang bagi tahun 2023.
Bersempena dengan Hari Buku Sedunia, ahli mesyuarat dijemput bersama dalam Majlis Pelancaran ‘Book Drop’ oleh Pengarah ILP Pedas.
 
𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓
Skip to content