Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023)

Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023)

Tarikh dikemaskini : 27-05-2023 Oleh: Tc. Isyammudin

Institut Latihan Perindustrian Pedas telah menerima penghargaan sebagai rakan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Machinery & Equipment Productivity Nexus (MEPN) semasa pelancaran Seminar on Process Improvement & Technology sempena Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023) yang berlangsung pada 25 Mei 2023.
Program yang telah dilaksanakan bermula Mac 2022 – November 2022 merupakan pilot projek bagi Process Improvement Program Through Technology yang melibatkan penglibatan Institusi TVET, rakan industry serta MPC dan MEPN. Tahniah juga diucapkan kepada Puan Norhidayati binti Nordin di atas pengiktirafan sebagai GEMBA Leader yang turut menerima sijil penghargaan dan Productivity Champion. Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBrs Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Pengarah Productivity & Competitiveness Development (PCD), MPC.


𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓

 

Kursus Pengurusan Stress

Kursus Pengurusan Stress

Kursus Pengurusan Stress telah diadakan bersempena dengan Minggu Latihan Kebangsaan Tahun 2023. Seramai 8 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Terima kasih ke atas penggunaan lokasi kursus di Aya Bonda Campsite, Sepri. Perkongsian video dari peserta kursus.


𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓


Link : https://fb.watch/kMC3-sB-G4/

Pertandingan Worldskill Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2023

Pertandingan Worldskill Malaysia Belia (WSMB) tahun 2023

Tarikh dikemaskini : 23-05-2023 Oleh: Tc. Isyammudin
 
ILP Pedas telah menghantar penyertaan dalam bidang Welding.
Pertandingan akan diadakan di ABM Wilayah Utara, Sintok Kedah pada 22/5 – 24/5/2023 melibatkan dua orang pelajar yang dilatih oleh Encik Shaiful Shahril Bin Norajoa.
 
Selamat Maju Jaya.
𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓
 

Mesyuarat Bersama Komuniti

Mesyuarat Bersama Komuniti Setempat 2023

Tarikh dikemaskini : 18 MEI 2023 Oleh: Tc. Isyammudin
Mesyuarat bersama komuniti telah diadakan pada 18 Mei 2023. Kehadiran terdiri daripada agensi kerajaan dan MPKK Ketua Kampung sekitar kawasan Rembau. Melalui mesyuarat ini, pelbagai aktiviti telah dibincangkan dan dirancang bagi tahun 2023.
Bersempena dengan Hari Buku Sedunia, ahli mesyuarat dijemput bersama dalam Majlis Pelancaran ‘Book Drop’ oleh Pengarah ILP Pedas.
 
𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓
Skip to content