Program English 4 Skills Peringkat ILJTM Zon Tengah 2023

ILP Pedas telah dilantik menjadi tuan rumah Program English 4 Skills peringkat ILJTM Zon Tengah 2023 yang berlangsung pada 20 November 2023. Program ini mengetengahkan beberapa pertandingan seperti Mock Interview, Project Pitching dan Product Promotion, disertai oleh pelajar-pelajar dari institusi TVET seperti ILP Kuala Lumpur, ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam, IKTBN Chembong dan KV Dato’ Lela Maharaja Rembau, selain tuan rumah sendiri ILP Pedas.

Majlis Penutup Program English 4 Skills peringkat ILJTM Zon Tengah 2023 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ts. Suhaila binti Abdul Samad, Pengarah ILP Pedas pada 21 November 2023 bertempat di Auditorium ILP Pedas. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang mengikut kategori seperti berikut:

𝐌𝐨𝐜𝐤 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐢𝐞𝐰

Champion – ILP Pedas

1st Runner Up – ILP KL

2nd Runner Up – ADTEC Shah Alam

𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐢𝐭𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠

Champion – ADTEC Shah Alam

1st Runner Up – ILP Pedas

2nd Runner Up – KV Dato’ Lela Maharaja

𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐭𝐢𝐨𝐧

Champion – KV Dato’ Lela Maharaja

1st Runner Up – ILP Kuala Langat

2nd Runner Up – ADTEC Shah Alam

Sijil Penghargaan Program Kolaborasi Bersama KWSP

Tahniah ILP Pedas telah menerima Sijil Penghargaan bagi Program Kolaborasi semperna Majlis Apresiasi Majikan dan Agensi Kerajaan anjuran KWSP Negeri Sembilan pada 6 November 2023 bertempat di Royale Chulan Hotel Seremban.

Antara kolaborasi yang dijalankan:
a. Ceramah Caruman KWSP pelajar semester akhir
b. Ceramah Caruman KWSP staf dan kakitangan
c. Kaunter KWSP Bergerak
d. Pendaftaran Caruman Sukarela

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Encik Kamarul Nizam Bin Mohamad bersama pelajar-pelajarnya iaitu Nur Muhammad Izzudin Bin Supian, Muhammad Afief Bin Azizi, Adam Farish Bin Nasarudin dan Ayriel Pasha Bin Harifana daripada Bengkel Teknologi Telekomunikasi di atas kejayaan yang membanggakan semasa Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 yang telah diadakan pada 18 – 19 Oktober 2023 yang lepas.

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 merupakan program inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru dan pensyarah di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Projek inovasi yang bertajuk UTP CABLE SMART CONVERTER tersebut telah memenangi PINGAT PERAK bagi kategori Pelajar IPT/IPTS/ILK/KV.

Semoga terus cemerlang!

Lawatan Sambil Belajar Ke Kolej Vokasional Yantai, Republik Rakyat China

Program Lawatan Sambil Belajar ke Yantai Vocational College, Republik Rakyat China yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Tuan Shakib Bin Ahmad Shakir telah disambut kedatangan dengan hormatnya oleh Pihak Pengurusan Tertinggi Yantai Vocational College dan Tang International Education Group.

Program Lawatan Sambil Belajar ke Yantai Vocational College, Republik Rakyat China dari 24 hingga 31 Oktober 2023. Lawatan ini disertai oleh 14 orang pelajar ILJTM dan 2 orang pengajar ILP Pedas. Tujuan lawatan ini memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kelebihan menyambung pelajaran di Yantai Vocational College. Para pelajar dibawa melawat bengkel dan makmal di Yantai Vocational College yang mempunyai saiz dan teknolog sebenar seperti di industri.

Diharapkan aktiviti memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar ILJTM dan Yantai Vocational College.

Skip to content