ILP PEDAS dengan kerjasama Surau As Sakinah telah mengadakan ceramah secara dalam talian bertajuk Puasa & Kita sempena bulan Ramadan 1445H. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustazah Masitah binti Ismail dan telah dihadiri seramai 400 peserta dari pelbagai agensi.
CSR Wira Kesuma ILP Pedas 2024
Sempena menyambut Ramadan Kareem 1445H, yang bakal tiba, team Wira Kesuma ILP Pedas berganding bahu dengan rakan strategik dari Pejabat Agama Islam Daerah Rembau, khasnya, JHEAINS amnya, bersama komuniti kariah masjid, bergotong royong membersihkan Masjid Kundur Tengah, Rembau.
Program CSR ini telah berjalan dengan lancar pada 5 March 2024, melibatkan 35 org pelajar dan kakitangan ILP Pedas. Team ILP Pedas bertungkus lumus membersihkan kawasan dalam dan persekitaran masjid. Gotong royong ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwwah, bahkan dapat mendekatkan anak- anak remaja menjadi rakan masjid.
#Jompergimasjid
Kursus “Coding With Zoom Bit”
Teknologi Mekatronik telah menjalankan kursus “Coding With Zoom Bit” kepada Kanak-kanak Rumah Kebajikan Vivekandar Rembau. Peserta seramai 15 orang telah didedahkan dengan cara memasang dan memprogramkan Robot Zoom Bit. Program telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Program In-House Training: Tatacara Mengenal Pasti Kerosakan
Kursus mengenalpasti kerosakan peralatan Siri 1 selama 3 hari (5-6 Mac 2024) di ILP Pedas yang dikendalikan oleh tenaga pengajar ILPKT. Pengajar-pengajar ILP Pedas yang terlibat adalah dari bidang kimpalan, fabrikasi logam dan pembuatan.
Beberapa mesin dan peralatan berjaya diperbaiki sepanjang pelaksanaan kursus ini. Terima kasih kepada Pengarah ILP Kuala Terengganu, Encik Kamaludin Bin Tomiran dan tenaga pengajar ILPKT atas sumbangan dalam menjayakan program ini.
Tarikh : 5 – 7 Mac 2024
Pengajar : Encik Azmi bin Mustafa & Encik W.Hamda bin W.Hussin
Peserta : 17 orang yang terdiri daripada Pengajar & kakitangan ILP Pedas
Pertandingan CITEC Melaka
Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) tahun 2024 telah diadakan pada tahun ini dianjurkan oleh ADTEC Melaka bermula pada 6 – 7 Mac 2024.
Tema bagi Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) JTM 2024 ialah: Kelestarian Inovasi, Teras Kemajuan TVET Madani.
Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) JTM 2024 ini diadakan bagi memilih projek yag berpotensi untuk diketengahkan dan dicalonkan ke pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, pertandingan ini diadakan berdasarkan objektif-objektif berikut: –
i. Membudayakan inovasi mesra pengguna berkaitan Environmental, Social and Governance (ESG) dan Teknologi Hijau melalui galakkan terhadap pengembangan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JTM;
ii. Menyediakan platform saringan yang menilai kesediaan projek inovasi berkonsepkan Environmental, Social and Governance (ESG) dan Teknologi Hijau berdasarkan novelty serta nilai komersial;
iii. Memperkembangkan potensi, kemahiran dan kebolehan penciptaan dikalangan pengajar dan pelajar dalam membuat kajian terkini;
iv. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek; dan.
v. Mempromosi dan memartabatkan JTM melalui penyertaan pertandingan berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seterusnya.
Institut Latihan Perindustrian Pedas telah menghantar wakil didalam pertandingan ini. Penyertaan terdiri daripada 43 orang pelajar dan dibantuselia oleh 8 orang pegawai.
Antara bidang yang disertai adalah Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas), Teknologi Mekatronik, Teknologi Pembuatan, Teknologi CADD Senibina, CADD Mekanikal, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Telekomunikasi.
Teknologi Fabrikasi Logam ILP Pedas telah menyertai pertandingan tersebut dengan projek bernama Easy Ceiling Fan Cleaning.
Teknologi Mekatronik telah menyertai pertandingan tersebut dengan Projek LIAZ Press Bin. Projek tersebut disertai oleh 5 orang pelajar Mekatronik Sem2 dangan Penyelaras projek Pn Rohani Abdullah. Projek tersebut telah memenagi pingat Gangsa.