Lawatan Sambil Belajar SMK Dato Shahardin Labu ke ILP Pedas pada 31 Julai 2024. Seramai 66 orang pelajar Tingkatan 5 dan 6 orang pengajar melawat ke ILP Pedas bagi memahami kursus yang ditawarkan.



Institut Latihan Perindustrian Pedas
Disini bermulanya kemahiran.
Lawatan Sambil Belajar SMK Dato Shahardin Labu ke ILP Pedas pada 31 Julai 2024. Seramai 66 orang pelajar Tingkatan 5 dan 6 orang pengajar melawat ke ILP Pedas bagi memahami kursus yang ditawarkan.
𝖲𝖾𝗆𝗂𝗇𝖺𝗋 𝖻𝖾𝗋𝗄𝖾𝗇𝖺𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗆𝗉𝖾𝗋𝗄𝖾𝗇𝖺𝗅𝗄𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗌𝗂𝗇-𝗆𝖾𝗌𝗂𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗌𝗂𝗆𝗎𝗅𝖺𝗍𝗈𝗋 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗇𝗀𝖺𝗃𝖺𝗋 𝖽𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁-𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁. 𝖠𝗇𝗍𝖺𝗋𝖺 𝗆𝖾𝗌𝗂𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖽𝗂𝗉𝖾𝗋𝗄𝖾𝗇𝖺𝗅𝗄𝖺𝗇 𝖺𝖽𝖺𝗅𝖺𝗁 𝗌𝖾𝗉𝖾𝗋𝗍𝗂 𝖫𝖺𝗌𝖾𝗋 𝖶𝖾𝗅𝖽𝗂𝗇𝗀, 𝖵𝖱 𝖯𝖺𝗂𝗇𝗍𝗂𝗇𝗀 𝖲𝗂𝗆𝗎𝗅𝖺𝗍𝗈𝗋, 𝖠𝖱 𝖺𝗇𝖽 𝖵𝖱 𝖶𝖾𝗅𝖽𝗂𝗇𝗀 𝖲𝗂𝗆𝗎𝗅𝖺𝗍𝗈𝗋 𝖽𝖺𝗇 𝖬𝖾𝖼𝖺 𝖶𝖾𝗅𝖽𝗂𝗇𝗀 𝖬𝗈𝗇𝗂𝗍𝗈𝗋𝗂𝗇𝗀 𝖢𝖺𝗆𝖾𝗋𝖺.
𝖪𝖾𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗇𝗀𝖺𝗃𝖺𝗋 𝖽𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁 𝗃𝗎𝗀𝖺 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 𝖽𝗂𝖻𝖾𝗋𝗂 𝗉𝖾𝗇𝖽𝖾𝖽𝖺𝗁𝖺𝗇 𝗍𝖾𝗇𝗍𝖺𝗇𝗀 𝖼𝖺𝗋𝖺-𝖼𝖺𝗋𝖺 𝗆𝖾𝗇𝗀𝗀𝗎𝗇𝖺𝗄𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗌𝗂𝗇 𝖻𝖾𝗋𝗄𝖾𝗇𝖺𝖺𝗇. 𝖯𝗋𝗈𝗀𝗋𝖺𝗆 𝗌𝖾𝖽𝖾𝗆𝗂𝗄𝗂𝖺𝗇 𝖽𝗂𝗃𝖺𝗇𝗀𝗄𝖺𝗄𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗉𝖺𝗍 𝗆𝖾𝗇𝖺𝗆𝖻𝖺𝗁 𝗅𝖺𝗀𝗂 𝗂𝗅𝗆𝗎 𝗉𝖾𝗇𝗀𝖾𝗍𝖺𝗁𝗎𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗆𝖺𝗁𝗂𝗋𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗇𝗀𝖺𝗃𝖺𝗋 𝖽𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁-𝗉𝖾𝗅𝖺𝗍𝗂𝗁 𝖽𝗂 𝖨𝖫𝖯 𝖯𝖾𝖽𝖺𝗌.
Lawatan Sambil Belajar SMK Dato Undang Syed Ali Al-Jufri Kuala Klawang ke ILP Pedas pada 30 Julai 2024. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan 4 orang pengajar melawat ke ILP Pedas bagi memahami kursus yang ditawarkan.
Seramai 31 orang graduan bagi Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu telah bergraduat pada 29 Julai 2024.
Graduan ini terdiri daripada Juruteknik Komputer dari Jabatan Pendidikan Malaysia di semua negeri. Tahniah diucapkan kepada graduan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Program KJP Kimpalan:
Pembuatan Rak Kasut yang telah berlangsung pada 23-24 Julai 2024. Disertai oleh seramai 6 peserta dari Madrasah Azzakirin Rembau. Kursus dikendalikan oleh tenaga pengajar bidang Kimpalan ILP Pedas. 3 rak kasut juga telah berjaya dihasilkan sepanjang kursus 2 hari ini dijalankan. Penyampaian sijil turut disempurnakan Pengarah ILP Pedas, Ts. Suhaila binti Abdul Samad.
Sesi verifikasi PPL bagi Amali PPT NOSS Pemasangan & Penyelenggaraan Fiber Optik – Telekomunikasi telah dijalankan pada 17 & 18 Julai 2024.
Seramai 14 orang juruteknik komputer dari Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Sembilan telah mengambil sesi amali PPT ini. Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menjalankan sesi amali PPT dengan jayanya.
Terima kasih atas sumbangan kabel fiber optik daripada syarikat Paneagle Infratek Sdn Bhd ke ILP Pedas sebagai tujuan latihan pelajar Telekomunikasi pada 9 Julai 2024.
Sumbangan ini amat berfaedah bagi tujuan latihan praktikal pelajar. Dengan sumbangan ini, pelajar institut ini berpeluang meningkatkan kemahiran praktikal dalam bidang telekomunikasi.
Pihak institut mengucapkan terima kasih juga kepada ILP Kuala Lumpur kerana membantu mengangkut kabel fiber optik ke ILP Pedas.
Seramai 4 orang pelajar-pelajar dari Universiti telah mengikuti Program Peneraju Skil Pneumatic dan Electro-Pneumatic di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dari 27 Jun 2024 hingga 6 Julai 2024.
Program ini telah mempelajari Characteristics, Application, Development and Troubleshooting of Pneumatic dan Electro-Pneumatic.
Kepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dalam link diberikan.
Link permohonan: https://bit.ly/pneumatikilppedas
Mesyuarat Jawatankuasa Komuniti Bil. 2/2024 telah diadakan pada 3 Julai 2024. Wakil daripada agensi kerajaan di kawasan Rembau turut menghadiri mesyuarat ini.
Antaranya adalah Jabatan Pendidikan Rembau, IPD Rembau, AADK Rembau, Jabatan Penerangan Rembau, Pejabat Kesihatan Rembau, JHEAINS Rembau, KEMAS Rembau, Majlis Belia Rembau dan Rumah Kanak-kanak Rembau.
Perbincangan mesyuarat ini bagi membincangkan aktiviti komuniti dan mempromosikan institut kepada komuniti setempat. Ahli mesyuarat juga dibawa ke bengkel latihan bagi memperkenalkan kursus yang ditawarkan di institut ini.