Verifikasi Pengiktirafan Terdahulu (PPT) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

Pensyarah dari Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail mendapat keputusan ‘Terampil’ bagi sesi verifikasi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Pelukis Pelan Mekanikal dan Industrial Automation Engineering System Assembly Tahap 3.

Verifikasi ini telah diselaraskan oleh Institut Latihan Perindustrian Pedas. Pensyarah PTSN diberikan peluang meningkatkan kompetensi diri dalam bersama meningkatkan pendidikan TVET di Malaysia.

Anugerah Pelajar Terbaik ILJTM Tahun 2024

Tahniah kepada Graduan ILP Pedas, Amirul Asyraf Bin Roslan ( Bidang Teknologi Telekomunikasi) dan Affrina Batrisya Binti Mohd Zawawi ( Bidang Teknologi Telekomunikasi) yang telah dianugerahkan Graduan Terbaik ILJTM Tahun 2024 bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kali Ke-27 Tahun 2024.

Anugerah ini telah disampaikan YBrs. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) pada 18 Ogos 2024.

Anugerah Pengajar Cemerlang ILJTM Tahun 2024

Tahniah kepada pengajar ILP Pedas, Tc. Shaiful Shahril Bin Norajoa telah dianugerahkan Pengajar Cemerlang ILJTM Tahun 2024 bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Kali Ke-27 Tahun 2024.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Encik Steven Sim, Menteri Sumber Manusia pada 17 Ogos 2024. Tc. Shaiful Shahril Bin Norajoa berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional selama 18 tahun.

Beliau merupakan pengajar pakar kimpalan, terlibat aktif dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Beliau juga dilantik sebagai jurulatih dan hakim dalam pertandingan kemahiran. Beliau aktif dilantik sebagai ahli panel penilai MQA dan panel JPK.

Majlis Malaysia Education & TVET Awards META 2024

ILP Pedas telah dianugerahkan sebagai Best TVET Institution (Negeri Sembilan) dalam Majlis Malaysia Education & TVET Awards -META 2024 sempena ASEAN HR Awards 2024. Anugerah disampaikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha dan Timbalan Ketua Pengarah JTM, YBrs Ts. Kamaruzaman bin MD Ali.

Anugerah Pendidikan & TVET Malaysia atau Malaysia Education & TVET Awards (META) ini adalah di bawah kelolaan Education + TVET Asia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi yang merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang penyedia-penyedia latihan TVET termasuklah daripada kalangan Universiti Awam dan Swasta di Malaysia.

Perbincangan Kerjasama Strategik bersama Persijilan Kompetensi Huawei

Pihak Pengurusan ILP Pedas bersama tenaga pengajar Bidang Telekomunikasi telah mengadakan Perbincangan dan Lawatan di Huawei Malaysia Global Training Centre, Cyberjaya bersama Pengarah Latihan (Global), Mr Larry dan pengurusan latihan Huawei pada 14 Ogos 2024. Antara agenda perbincangan adalah untuk mengenalpasti Persijilan Kompetensi yang dikeluarkan oleh pihak Huawei khususnya dalam bidang ICT Networking dan Telekomunikasi. Pihak Huawei telah bersetuju mengadakan kerjasama bagi pelaksanaan latihan Persijilan Kompetensi Huawei mengikut program yang bersesuaian di ILP Pedas sebagai salah satu nilai tambah kepada pelajar-pelajar bidang Telekomunikasi. Kandungan program akan dibincangkan secara lanjut antara Huawei dan ILP Pedas.

Lawatan Zhejiang Institute of Mechanical and Electrical ke ILP Pedas

ILP Pedas telah menerima kunjungan dari Zhejiang Institute of Mechanical and Electrical Technician (ZIMET) China hari ini bagi melihat peluang kerjasama berkaitan TVET yang berpotensi untuk dilaksanakan. Lawatan ini dikendalikan oleh Tang Chinese Education & Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. (TANG) yang merupakan rakan strategik ZIMET yang menguruskan kerjasama Antarabangsa. Untuk makluman, ZIMET merupakan salah satu institusi TVET Awam di China di bawah Kementerian Sumber Manusia China yang menawarkan program TVET bagi melahirkan juruteknik tempatan di negara tersebut melalui lebih 30 program ditawarkan dengan jumlah enrolmen 30,000 setahun. Pada tahun ini, ZIMEC telah mendapat kelulusan kementerian China untuk melaksanakan program pengantarabangsaan dengan negara rakan strategik dalam bidang TVET yang bersesuaian. Penyelarasan lanjut berkaitan kerjasama akan diselaraskan oleh pihak TANG dan akan dimaklumkan kemudian.

Program hari ini juga telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ropiagos Bin Taha, KP JTM dan turut dihadiri oleh Pengarah BKT En Abdul Halim. Terima kasih Datuk KP diatas kesudian untuk sama-sama hadir pada hari ini.

Program CSR Wira Kesuma

Program CSR Wira Kesuma ILP Pedas telah dijalankan di JPKK Kampung Tanjung Sena, Rembau pada 10 Ogos 2024. Seramai 6 orang pelajar diiringi 2 staf ILP Pedas terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti mengutip sampah dan membersihkan kawasan kampung.

Program Peneraju Skil Pneumatic dan Electro-Pneumatic di bawah tajaaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Seramai 3 orang pelajar-pelajar dari Universiti telah mengikuti Program Peneraju Skil Pneumatic dan Electro-Pneumatic di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dari 1 hingga 8 Ogos 2024.

Program ini telah mempelajari Characteristics, Application, Development and Troubleshooting of Pneumatic dan Electro-Pneumatic.

Kepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dalam link diberikan.

Skip to content