Lawatan Penandarasan EKSA IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh telah menganjurkan satu Lawatan Penanda Aras EKSA ke ILP Pedas dengan diketuai oleh Pengerusi EKSA iaitu Encik Muhammad Ezzas Bin Abu Bakar dan disertai bersama 11 peserta terdiri daripada AJK Tetap, AJK Audit, AJK Promosi, AJK Latihan, Setiausaha dan Ketua Zon.

Sesi lawatan bermula dengan lawatan ke Zon Eksekutif (pentadbiran), Zon Fasiliti (Perpustakaan) dan Zon Elektrikal. Kami melihat dengan lebih jelas amalan baik perlaksanaan EKSA di setiap ruang kerja pejabat dan hasil kreativiti yang dihasilkan oleh pelajar dan staf ILP Pedas.

Sesi taklimat diakhiri dengan sesi penukaran sijil penghargaan lawatan penanda aras EKSA dan cenderahati.

Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi impak kepada IKTBN Temerloh untuk terus memantapkan pelaksanaan EKSA.

Skip to content