Satu Kursus Pengurusan Stress telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas pada 20 Disember 2023. Kursus ini dianjurkan oleh ILP Pedas. Peserta seramai dua puluh (20) orang pekerja dari Syarikat RuffnTuff Sdn Bhd, Pedas.
Pengisian kursus adalah mengenai punca stress, cara menangani stress di tempat kerja dan mengenal personaliti diri. Panel terdiri daripada pegawai ILP Pedas sendiri yang terdiri daripada Ustazah Masitah Binti Ismail, Encik Kumaresan A/L Govindasamy dan Puan Normala Binti Zulkefli.
Kursus ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Pengarah ILP Pedas Puan Ts. Suhaila binti Abdul Samad disamping sudi memberi cenderahati kepada peserta kursus.