27 Februari 2025, Pihak ADTEC JTM Kampus Pedas telah mengadakan Program Pendaftaran Perniagaan pelajar bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sembilan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 4.30 petang anjuran Bahagian Pengajian Umum ADTEC JTM Kampus Pedas.
Pendaftaran perniagaan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) ini ditawarkan secara percuma kepada pelajar yang terlibat.
Untuk makluman, skim ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menggalakkan pelajar IPT sepenuh masa terlibat dalam perniagaan dan mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Pelajar mendaftar perniagaan mereka menerusi Portal EzBiz Online.
โEmpowering Skills, Igniting Futuresโ
โMemperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapanโ
#KSM #JTM #ILJTM #ILPPEDAS #TVET #TVETMalaysia #EmpoweringPeople
##AdvancingNation #LifelongLearning #SkillsMalaysia #JomMasukILPPEDAS
#kita@jtm



