Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
Pengenalan Bahagian
Di dalam kursus ini, pelajar-pelajar akan diajar secara teori dan praktikal bagaimana mengendalikan mesin-mesin konvensional seperti mesin larik, kisar dan canai serta mesin CNC Lathe, CNC Milling, CNC EDM Wire Cut, CNC EDM Die Sinker dan CNC Grinding. Pelajar juga akan diajar mereka bentuk menggunakan perisian seperti Autocad, Autodesk Inventor, Mastercam dan lain-lain lagi. Selain dari itu pelajar-pelajar juga dilatih menggunakan ‘hand tool’, langkah-langkah keselamatan dan ‘preventive maintenance’ pada mesin dan peralatan.
Persijilan selepas tamat:
i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Operasi Pemesinan [MC-050-3:2015] oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
ii. Sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:
- Lulus Bahasa Melayu,
- Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
- Lulus Sejarah;
- Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).
iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Tempoh Latihan:
27 Bulan
i. Latihan Teori dan Amali : 24 bulan
ii. Latihan Industri: 3 Bulan
Modul teras yang dipelajari:
Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan) – A02
Prospek Kerjaya
Graduan bidang Teknologi Pembuatan (Pemesinan) berpeluang luas memenuhi pasaran kerja dalam sektor pembuatan dan pengeluaran, seperti juruteknik pemesinan dan CNC, programmer CNC. Perekabentuk Mekanikal, Kawalan Kualiti, Manufacturing, Maintenance dan penyelenggaraan mesin.
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Lepasan Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan) Tahap 3 berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) Tahap 4 (DKM) dan Tahap 5 (DLKM) di ADTEC Batu Pahat dan ADTEC Shah Alam serta selanjutnya dibawa TEVT MQA UTHM. Bagi Level/Tahap 6 hingga 8.