Pengenalan Institut
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) Pedas, adalah salah sebuah institusi latihan kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang telah ditubuhkan pada tahun 2000. ILP Pedas merupakan institut generasi ke empat (4) ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan latihan vokasional secara formal.
ILP Pedas bermula dengan lapan (8) bidang kursus yang ditawarkan di bawah Jabatan Mekanikal Pengeluaran (JMP), Jabatan Elektrik dan Elektronik (JEE) dan Jabatan Komputer (JK). Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan Pemesinan CNC, Kejuruteraan Fabrikasi Logam, Kejuruteraan Kimpal, Kejuruteraan CADD Mekanikal, Kejuruteraan Automasi, Kejuruteraan Telekomunikasi, Kejuruteraan Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan CADD Senibina.
Bagi merealisasikan Wawasan 2020, negara perlu mengembangkan kepakaran dalam industri sedia ada serta melahirkan pakar dalam pelbagai sektor. ILP Pedas telah membuat perubahan progam latihan teknikal bagi memenuhi permintaan tenaga pekerja mahir negara. Beberapa perubahan telah dilakukan dengan menukar nama bidang Kursus Sepenuh Masa iaitu Kejuruteraan Pemesinan CNC telah ditukarkan menjadi Teknologi Pembuatan (Pemesinan), Kejuruteraan Fabrikasi Logam kepada Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas), ( Kejuruteraan Kimpal, Kejuruteraan CADD Mekanikal, Kejuruteraan Automasi, Kejuruteraan Telekomunikasi, Kejuruteraan Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan CADD Senibina
Dengan kelengkapan moden dan terkini serta pengajar-pengajar yang mahir dan berpengalaman, institut ini telah berjaya mengorak langkah mengekalkan ciri-ciri latihan kemahiran / vokasional yang ulung.
Graduan dari Institut Latihan Perindustrian Pedas diperlengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk merebut peluang pekerjaan di dalam sektor perindustrian.
Pengiktirafan kelayakan serta pengalaman yang diperolehi semasa latihan juga telah membantu mereka untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Tinggi JTM seperti JMTI, ADTEC dan juga lain-lain institusi pengajian tinggi di negara ini.