Teknologi Fabrikasi Logam

Pengenalan Bahagian

Kursus ini sememangnya memberikan prospek perkerjaan yang meluas dalam sektor industri kepada pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali dalam kerja-kerja dalam proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya.

Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan diberi latihan kemahiran dalam pelbagai kaedah pemeriksaan kualiti hasil kimpalan seperti pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah (NDT) dan ujian musnah (DT). Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

Persijilan selepas tamat:

i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-011-3:2011] oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

ii. Sijil Teknologi Operasi Fabrikasi Struktur Logam oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Kelayakan Masuk:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 17 hingga 35 tahun;
iii. Memiliki SPM dengan:

  • (a) Lulus Bahasa Melayu,
  • (b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan,
  • (c) Lulus Sejarah;
  • (d) Lulus Satu (1) subjek lain selain (a) dan (b).

iv. Tidak buta/buta warna /rabun /pekak (tanpa alat bantuan) /bisu /cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Modul teras yang dipelajari:

Sijil Teknologi Fabrikasi Logam

Tempoh Latihan:

27 Bulan
i. Latihan Teori dan Amali : 24 bulan
ii. Latihan Industri: 3 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas, bekerja di pelantar minyak. Menjadi tenaga mahir dalam bidang pertukangan besi, membuat cerucuk struktur logam. Boleh menceburkan diri dalam bidang lukisan CADD Struktur Logam dan Pemasang Paip Minyak dan Gas dalam bidang petroleum.

Peluang Melanjutkan Pelajaran
Lepasan Sijil Teknologi Fabrikasi Logam berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Fabrikasi Logam di ILP Kuantan dan UniKL.

Skip to content