Surau
Bagi umat beragama Islam, waktu solat tidak boleh diabaikan dalam apa-apa juga keadaan, apatah lagi jika berada dalam suasanan yang begitu nyaman dan selesa. Maka, sejajar dengan peraturan di sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama persekutuan, pihak Institut menyediakan kemudahan tempat solat, iaitu surau. Di samping untuk memenuhi keperluan pegawai dan kakitangan Islam serta pelajar, kemudahan surau dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga ILP Pedas supaya tidak menjadi insan yang lalai.
Kemasan lantai yang baik, ruang wuduk yang selesa, hembusan udara pendingin hawa dianggap satu bonus untuk keselesaan seluruh warga ILP Pedas menunaikan solat terutamanya beragama islam. Selain itu, surau ini juga digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah agama selepas waktu maghrib, persembahan nasyid, mengaji al-quran dan sebagainya yang diurus oleh Jawantankuasa surau.