Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang baharu adalah selaras dengan kandungan Manual Kualiti MS ISO 9001:2015. Piagam Pelanggan ILJTM adalah:

1. Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;

2. Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;

3. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula;

4. Memastikan peserta KJP yang mencatat peratus kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus; dan

5. Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga.

STATUS PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN ILP PEDAS TAHUN 2024

Statistik Pencapaian Piagam Pelanggan ILP Pedas sehingga 18 Mac 2024.

Bil.Piagam PelangganBahagianBilangan DiterimaBliangan Diproses & SelesaiPeratus Pencapaian (%)
1.Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula.BPPL654772.3
2.Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;BKKL686595.6
3.Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula.CESS13931393100
4.Memastikan peserta KJP yang mencatat peratus kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus.CESS13931393100
5.Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga.Pegawai Aduan Pelanggan55100
Skip to content