Program CSR Wira Kesuma JTM 2024, sempena 100 hari Menteri Sumber Manusia 2024, anjuran peringkat ILP Pedas. Seramai 15 orang pelajar dan 7 orang pengajar telah menyertai Majlis Gotong Royong Surau An Nadzim dan memasak bersama Penduduk Kampung Orang Asli Ulu Chembong yang dianjurkan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Daerah Rembau pada 17 Februari 2024.
Antara aktiviti bergotong royong para pelajar dan pegawai pengiring bergotong royong memasak makanan tengahari untuk orang kampung dan tetamu. Turut diadakan juga pertandingan mewarna dan ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Ahmad Daud Bin Leman.
Program CSR ini bukan sahaja dapat merapatkan silaturrahim, tetapi dapat membina jatidiri pelajar menjadi agen perubahan dalam masyarakat satu hari nanti.
Selamat datang pelajar baru ke ILP Pedas bagi sesi 1/2024.
Seramai 44 orang pelajar baru telah melapor diri pada 29 Januari 2024. Semoga pelajar-pelajar dapat mengikuti pembelajaran di ILP Pedas dengan jayanya.
Kursus Basic Grill Work telah dijalankan dari 31 Januari hingga 4 Februari 2024 bagi seramai 6 orang peserta. Kursus ini di bawah Program Daya Kerjaya TVET – Program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah di bawah Belanjawan 2023.
Peserta kursus telah diberikan latihan mengimpal seperti berikut:
a) Pengenalan kepada proses kimpalan
b) Jenis sambungan kimpalan
c) Jenis kedudukan kimpalan
d) Jenis bahan mengimpal
e) Kaedah mengimpal
Kepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan PERKESO dalam link diberikan.
Program Daya Kerjaya TVET – Program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah di bawah Belanjawan 2023
Kursus Fiber Optic Cable Splicing telah dijalankan dari 29 Januari hingga 2 Februari 2024 bagi seramai 15 orang juruteknik komputer dari Persatuan Juruteknik Komputer Negeri Sembilan.
Peserta kursus telah diberikan latihan fiber optic cable spicing seperti berikut:
a) Pengenalan kepada FTTH
b) Struktur Kabel Fiber Opticc) Prosidur Pemasangan di Rumah Pelanggan
d) Pemasangan FTTH
e) Panjang Gelombang di dalam Rangkaian FTTH
Semua peserta kursus telah berjaya lulus Peperiksaan CA1C di bawah kendalian Telekom Malaysia.
Kepada yang berminat, boleh mohon kursus ini di bawah tajaan PERKESO dalam link diberikan.
Satu mesyuarat Jawatankuasa Komuniti Institut Latihan Perindustrian Pedas telah diadakan pada hari ini bersamaan 18/1/2024 di bilik mesyuarat ILP Pedas.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perancangan-perancangan baru bersama komuniti sekitar ILP Pedas. mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Pengarah ILP Pedas, Puan Suhaila Binti Abdul Samad.
Mesyuarat ini turut dihadiri Pengerusi JPKK Kg. Pedas Gaing, Encik Norhalizan Bin Kamaruzaman, Pengerusi JPKK Kg. Pedas Hilir, Haji Ahmad Bin Ragiman, Pengerusi JPKK Kg. Pedas Tengah, Encik Mohd Saipullizam Bin Md Sari, Pengerusi JPKK Kg. Pilin, Encik Johari Bin Mat Yasin, Pengerusi JPKK Kg. Durian Daun, Encik Rosli Bin Yunus, Pengerusi JPKK Kg. Kundur Hilir, Encik Mahat Bin Adnan, Pengerusi JPKK Kg. Kundur Tengah, Encik Zaily Bin Ujang, Pengerusi JPKK Kg. Kundur Ulu, Encik Ramadan Bin Mohd Taf dan beberapa pegawai dari Pegawai Daerah Rembau, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, Ketua Polis Daerah Rembau, Ketua Bomba Daerah Rambau, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Rembau, Pegawai Penerangan Daerah, Pejabat Kesihatan Rembau, Pejabat RELA Daerah Rembau, Jabatan Agama Islam Daerah Rembau, Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Rembau, Pejabat KEMAS Rembau, Persatuan Pemandu Kereta Sewa, Majlis Belia Daerah Rembau, Rumah Kanak-kanak Rembau dan Rumah Kebajikan Vivekananda Rembau.
Perhimpunan Bulanan Kakitangan ILP Pedas Bersama Pengarah bagi bulan Disember telah diadakan pada 21 hb. Disember 2023. Perhimpunan ini diadakan di dewan Auditorium ILP Pedas dan diterajui oleh Bengkel Teknologi Kimpalan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Public Speaking yang dikendalikan oleh Cikgu Ahmad Sallehudin sebagai speaker dengan tajuk “Bagaimana Perbezaan Kita Membuatkan Kita Unik?”.
Kelab KKDS juga turut serta dimana Pengerusi KKDS En. Wan Azman sudi memberi sumbangan kepada kakitangan ILP Pedas.
Puan Pengarah memeriahkan majlis dengan memberi ucapan sepatah dua kata dan turut sudi menyampaikan Sijil-sijil kepada kakitangan yang terlibat didalam aktiviti-aktiviti ILP Pedas dan juga kegiatan EKSA.
Satu Kursus Pengurusan Stress telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas pada 20 Disember 2023. Kursus ini dianjurkan oleh ILP Pedas. Peserta seramai dua puluh (20) orang pekerja dari Syarikat RuffnTuff Sdn Bhd, Pedas.
Pengisian kursus adalah mengenai punca stress, cara menangani stress di tempat kerja dan mengenal personaliti diri. Panel terdiri daripada pegawai ILP Pedas sendiri yang terdiri daripada Ustazah Masitah Binti Ismail, Encik Kumaresan A/L Govindasamy dan Puan Normala Binti Zulkefli.
Kursus ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Pengarah ILP Pedas Puan Ts. Suhaila binti Abdul Samad disamping sudi memberi cenderahati kepada peserta kursus.
Karnival Pendidikan Vokasional China-Malaysia ke-2 yang berlangsung selama tiga hari dari 11 – 13 Disember 2023, telah diberi kehormatan oleh kunjungan daripada 27 wakil dari 14 institusi pengajian tinggi teknikal dan vokasional China. Mereka mengunjungi Institut Latihan Perindustrian Pedas untuk memahami pengurusan, persekitaran pembelajaran, melawat bengkel dan makmal latihan institut.
Institusi pengajian China memberikan pujian kepada peralatan pemesinan mekanikal yang dimiliki oleh Institut Latihan Perindustrian Pedas, yang dianggap memenuhi keperluan industri. Institusi China berharap menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan kerjasama dengan institut TVET Malaysia. Dalam menyambut persahabatan China dan Malaysia yang ke-50 pada tahun hadapan, dijangka kerjasama antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan vokasional akan menjadi lebih meluas dengan usaha bersama.
Selain daripada melawat Institut Latihan Perindustrian Pedas, institusi pengajian China turut berkongsi perlaksanaan sistem pendidikan vokasional mereka, termasuk Tang International Education, Politeknik Dongguan, Institut Kemahiran Tianjin Bohai dan Institut Pengangkutan Guangdong. Karnival ini mempromosikan pertukaran pengetahuan, kemahiran profesional, pengalaman dan peluang latihan yang dapat memperkuat lagi pendidikan vokasional.
Karnival ini turut dihadiri oleh 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, secara atas talian dan bawah talian, memacu kerjasama vokasional antara China dan Malaysia. Semua aktiviti ini mendapat sokongan daripada Kedutaan Besar China di Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan dan Latihan Vokasional China, serta Persatuan Pekerja Mahir Kebangsaan Malaysia.
Karnival Pendidikan Vokasional China-Malaysia ke-2 yang berlangsung selama tiga hari dari 11 – 13 Disember 2023, telah diberi kehormatan oleh kunjungan daripada 27 wakil dari 14 institusi pengajian tinggi teknikal dan vokasional China. Mereka mengunjungi Institut Latihan Perindustrian Pedas untuk memahami pengurusan, persekitaran pembelajaran, melawat bengkel dan makmal latihan institut pada 12 Disember 2023.
Institusi pengajian TVET China memberikan pujian kepada peralatan pemesinan mekanikal yang dimiliki oleh Institut Latihan Perindustrian Pedas, yang dianggap memenuhi keperluan industri. Institusi China berharap menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan kerjasama dengan institut TVET Malaysia. Dalam menyambut persahabatan China dan Malaysia yang ke-50 pada tahun hadapan, dijangka kerjasama antara China dan Malaysia dalam bidang pendidikan vokasional akan menjadi lebih meluas dengan usaha bersama.
Tetamu dari China turut dialu-alukan dengan persembahan Silat dan Tarian Tradisional daripada pelajar ILP Pedas.
Selain daripada melawat Institut Latihan Perindustrian Pedas, institusi pengajian TVET China turut berkongsi perlaksanaan sistem pendidikan vokasional mereka, termasuk Tang International Education, Politeknik Dongguan, Institut Kemahiran Tianjin Bohai dan Institut Pengangkutan Guangdong. Karnival ini mempromosikan pertukaran pengetahuan, kemahiran profesional, pengalaman dan peluang latihan yang dapat memperkuat lagi pendidikan vokasional.
Karnival ini turut dihadiri oleh 32 institut latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, secara atas talian dan bawah talian, memacu kerjasama vokasional antara China dan Malaysia. Semua aktiviti ini mendapat sokongan daripada Kedutaan Besar China di Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia.