Lawatan Sambil Belajar SMK Bahau ke ILP Pedas pada 7 Disember 2023. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dan diiringi oleh 4 orang pengajar mengikuti lawatan ini.
Pelajar-pelajar diberikan taklimat berkaitan dengan kemasukan ke ILP Pedas dan dibawa lawatan ke bengkel latihan.
Pelajar-pelajar tertarik dengan program yang diadakan di ILP Pedas dan membantu mereka membuat perancangan sambung belajar pada masa akan datang.
Kursus Kemahiran ICT telah diadakan bagi 18 orang peserta dari Madrasah Tahfiz As-Solihin, Jalan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan selama 2 hari pada 5 – 6 Disember 2023. Kursus ini mengkhusus kepada pelajaran Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint bagi peserta memahirkan diri menggunakan perisian tersebut.
Sesi Perkongsian Kerjaya oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Encik Riad Asmat telah berjaya dilaksanakan dan disampaikan kepada pelajar-pelajar semester akhir ILP Pedas pada 30 November 2023 bertempat di Auditorium ILP Pedas.
Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap dunia pencarian kerjaya sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk memasuki industri. Satu perkongsian yang sangat hebat serta memberi manfaat dan motivasi kepada semua pelajar-pelajar. Terima kasih yang tidak terhingga En. Riad Asmat!!
ILP Pedas telah dilantik menjadi tuan rumah Program English 4 Skills peringkat ILJTM Zon Tengah 2023 yang berlangsung pada 20 November 2023. Program ini mengetengahkan beberapa pertandingan seperti Mock Interview, Project Pitching dan Product Promotion, disertai oleh pelajar-pelajar dari institusi TVET seperti ILP Kuala Lumpur, ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam, IKTBN Chembong dan KV Dato’ Lela Maharaja Rembau, selain tuan rumah sendiri ILP Pedas.
Majlis Penutup Program English 4 Skills peringkat ILJTM Zon Tengah 2023 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ts. Suhaila binti Abdul Samad, Pengarah ILP Pedas pada 21 November 2023 bertempat di Auditorium ILP Pedas. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang mengikut kategori seperti berikut:
Tahniah ILP Pedas telah menerima Sijil Penghargaan bagi Program Kolaborasi semperna Majlis Apresiasi Majikan dan Agensi Kerajaan anjuran KWSP Negeri Sembilan pada 6 November 2023 bertempat di Royale Chulan Hotel Seremban.
Antara kolaborasi yang dijalankan: a. Ceramah Caruman KWSP pelajar semester akhir b. Ceramah Caruman KWSP staf dan kakitangan c. Kaunter KWSP Bergerak d. Pendaftaran Caruman Sukarela
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Encik Kamarul Nizam Bin Mohamad bersama pelajar-pelajarnya iaitu Nur Muhammad Izzudin Bin Supian, Muhammad Afief Bin Azizi, Adam Farish Bin Nasarudin dan Ayriel Pasha Bin Harifana daripada Bengkel Teknologi Telekomunikasi di atas kejayaan yang membanggakan semasa Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 yang telah diadakan pada 18 – 19 Oktober 2023 yang lepas.
Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional 2023 merupakan program inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru dan pensyarah di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.
Projek inovasi yang bertajuk UTP CABLE SMART CONVERTER tersebut telah memenangi PINGAT PERAK bagi kategori Pelajar IPT/IPTS/ILK/KV.
Program Lawatan Sambil Belajar ke Yantai Vocational College, Republik Rakyat China yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Tuan Shakib Bin Ahmad Shakir telah disambut kedatangan dengan hormatnya oleh Pihak Pengurusan Tertinggi Yantai Vocational College dan Tang International Education Group.
Program Lawatan Sambil Belajar ke Yantai Vocational College, Republik Rakyat China dari 24 hingga 31 Oktober 2023. Lawatan ini disertai oleh 14 orang pelajar ILJTM dan 2 orang pengajar ILP Pedas. Tujuan lawatan ini memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kelebihan menyambung pelajaran di Yantai Vocational College. Para pelajar dibawa melawat bengkel dan makmal di Yantai Vocational College yang mempunyai saiz dan teknolog sebenar seperti di industri.
Diharapkan aktiviti memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar ILJTM dan Yantai Vocational College.
Tahniah ILP Pedas telah dipilih menerima 2nd Runner Up bagi Anugerah “Talent Empowerment Award” (Penyedia Latihan Kerajaan) dalam “International Public Employment Forum 2023 Awards Ceremony & Gala Dinner” anjuran PERKESO.
Institut Latihan Perindustrian Pedas telah menerima penghargaan sebagai rakan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Machinery & Equipment Productivity Nexus (MEPN) semasa pelancaran Seminar on Process Improvement & Technology sempena Malaysia International Metalworking, Machine Tool & Engineering Exhibition (MTE 2023) yang berlangsung pada 25 Mei 2023. Program yang telah dilaksanakan bermula Mac 2022 – November 2022 merupakan pilot projek bagi Process Improvement Program Through Technology yang melibatkan penglibatan Institusi TVET, rakan industry serta MPC dan MEPN. Tahniah juga diucapkan kepada Puan Norhidayati binti Nordin di atas pengiktirafan sebagai GEMBA Leader yang turut menerima sijil penghargaan dan Productivity Champion. Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBrs Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Pengarah Productivity & Competitiveness Development (PCD), MPC.