Institut Latihan Perindustrian Pedas telah menganjurkan Bengkel Transformasi Rekacipta Inovasi bagi mengumpulkan pereka cipta inovasi dari ILP Pedas pada 2 Mei 2024.
Tujuan bengkel adalah untuk mendedahkan para pereka cipta berhubung harta intelek yang terdiri daripada paten, trade secret, cap dagang dan sebagainya serta proses dan prosedur yang terlibat seterusnya berkaitan pengkomersilan.
Bengkel ini disampaikan oleh Agen Paten MyIPO – Tuan Haji Norman Bin Kusin. Perkongsian daripada tuan haji sangat berguna bagi membantu mengaplikasi proses penyelidikan produk dan inovasi di ILP Pedas.