Program OPENING YOUNG EYES (OYEs) Menara Gading

Pihak Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia YATIM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah telah membawa seramai 40 orang pelajar anak-anak yatim Tingkatan 4 dan 5 melawat ke Institut Latihan Perindustrian Pedas pada 14 Mei 2024.

Pelajar-pelajar telah diberikan taklimat kemasukan ke ILP Pedas dan kemudian melawat ke bengkel latihan. Pihak YATIM sangat komited dalam membantu anak-anak yatim dari sudut sahsiah dan pendidikan selaras dengan hasrat negara dalam pembentukan modal insan berpendidikan tinggi.

Sebagai satu daripada usaha meningkatkan kesedaran mereka akan peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan maka, Program Opening Young Eyes (OYEs!) telah dirancang untuk tujuan tersebut. Program ini merupakan salah satu program yang telah dirangka sebagai salah satu pendekatan dengan penganjurannya yang menyerupai satu ekspedisi pengajaran dan pembelajaran luar kelas.

Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang peluang- peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi yang ditawarkan oleh IPT selepas SPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to content